Tuesday, December 15, 2009

2009 berlabuh pergi,and 2010 akan menyusul tiba. Pada yang beragama Islam , da nak masuk la awal Muharam 1434 hijrah.

Bila nak masuk je tahun baru, mcm2 la azam baru...nak itu nak ini,semuanya nak meningkatkan pencapian diri,ade aim2 tertentu yang mesti capai untuk tahun tersebut.Cube kite belek balik ape yep, aim kite pada awal 2009 dulu...hehehe...kertas yang tertulis wish list perkara yang nak capai 2009 mesti da terlipat baeeeeeeeeek punya dalam celah-celah buku ke, kene makan anai-nai ke dan yg paling drastik da masuk dalam tong smpah..hihihi...agak-agaknye tecapai ke tidak ye ape yg kite aim pada awal tahun dulu.

Untuk aku,2009 aku ley wat kesimpulan tahun for starting untuk 'pengembaraan',kalo daki bukit tu baru kat kaki bukit.. dah terantuk tengadah terantuk tengadah,jatuh bangun balik da bangun jatuh balik dan sterusnya mcm tu la.nak tak nak kene telan jugak smpai la mate ni tertutup.kalo maintan jew mcm tak bes la plak, kene ade haru biru, babak thriller dan penuh aksi,nanges-nanges syahdu..

tahun 2009 saving sket air mate, sbb 2008 da kene keluar 8oo ooo juta gelen airmate kot.so, betula la kadang-kadang setiap kesedihan tu mcm bumi baru lpas hujan. Cube tengok kalo,tempat tu lepas hujan then die develop balik dengan keindahan dan kesuburan.Cantek tenang then dihiasi warna pelangi yang menyegarkan.

Perjalanan hidup takkan penah berenti, as human and hamba yang mengabdi pada pencipta,segalanya adalah di bawah pentadbrian Dia.Dan Dialah CEO untuk memacu kehidupan. Sedihnya kita adalah dari Dia,kerana dia mau melihat mata-mata genit ini menangis dan akur dengan tanda kekuasaan nya. Apa pun yang manusia atau semesta alam ini merancang untuk menduga dan menguji kesabaran, berdiri tetap dan akur itu adalah kehendak Dia.Kerana Dia lebih tahu siapa diri kita untuk Dia pada satu ketika nanti kerana hati orang yang diuji adalah lebih lunak dan sangat dekat dengan Penciptanya.

2009 banyak jugak la perkara menarik,ade jugak wish list aku exactly dapat mcm mane aku tulis mcm tu la aku dapat.Semua atas izin Dia. Yang tak dapat tu, k.i.v untuk 2010.hikhikhik...

No comments:

Post a Comment